"Satu rial untuk produk Amerika, sama dengan satu peluru untuk tubuh saudaramu di Palestin"
"Umat Islam hendaklah memboikot barangan keluaran Amerika, apatah lagi daripada syarikat yang memang diketahui menyokong regim Zionis"
(Fatwa Sheikh Yusuf al-Qaradhawi)Peta menunjukkan Bumi Palestin dijajah secara haram oleh Rejim Zionis Israel. Kita boleh melihat keluasan tanah yang dimiliki dan didiami oleh penduduk palestin kini. Ditambah pula dengan derita dan sengsara yang ditanggung akibat kekejaman Israel.
Penduduk Islam Palestin yang kehilangan tempat tinggal, terpaksa mencari bangunan-bangunan runtuh untuk mereka berteduh dari kepanasan matahari diwaktu siang dan kesejukan diwaktu malam. Ini belum diambil kira dengan bekalan makan dan minum, ubat dan pakaian yang musnah hasil bedilan roket-roket Yahudi.
Salah seorang penduduk Palestin yang berani menetang tentera Yahudi. Sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan negara, bangsa, dan agama terutamanya.
APA TINDAKAN KITA??
- Boikot barangan dan syarikat yang menyokong Israel!!
- Hulurkan bantuan kewangan secara berterusan
- Sebarkan maklumat mengenai kekejaman rejim Zionis
- Berdoa agar Allah membebaskan Masjidil-Aqsa dan umat Islam di Palestin.