Thursday, September 15, 2011

Perfume









ALL BRANDED PERFUME..
GRADE A+++ ..VERY HIGH QUALITY AND SMELL SAME LIKE ORIGINAL
MADE FROM DUBAI..
ALL PERFUME ONLY RM70!!!!

ALL BRANDED PERFUME..
GRADE A+++ ..VERY HIGH QUALITY AND SMELL SAME LIKE ORIGINAL
MADE FROM DUBAI..
ALL PERFUME ONLY RM70!!!!


SETIAP 1 BOTOL CAS POS RM5(SM) RM8(SBH SRWK)
TAMBAHAN BOTOL:
2 BOTOL : RM8/RM13
3 BOTOL:RM12/RM16
4 BOTOL: RM15/RM20
5 BOTOL:RM18/RM23
6 BOTOL:RM22/27

IMITATION FROM DUBAI

Gred AAA Perfumes :


1) Kotak, botol dan cara pembungkusan luar dan dalam adalah sama 100% kecuali
material yg digunakan berlainan sediikit.

2) Ia sebenarnya dibungkus dan di botolkan di DUBAI tetapi pati asal perfume ini datang dari negara asal, cuma dikurangkan pati dan alkoholnya apabila dibotolkan. Oleh itu bau nya tetap sama.

3) 90% original. 10% lagi kandungan dan material yg digunakan berbeza.

4) Tidak tahan lama seperti minyak wanig original. Lebih kurang 6-8 jam di aircond dan suhu bilik. Jika original 8 jam ke 24 jam.

5) Sebenarnya ketahanan bau minyak wangi bergantung kepada suhu badan, ada yang lama dan ada yang kurang oleh itu pemakaian individu adalah berbeza ( ORI atau AAA)

6) Jika sesiapa yang bekerja di site @ luar kurang digalakkan memakai grade AAA,
kerana cuaca yang panas akan mengurangkan lagi bau perfume yang ada.

7) Dan kualiti Double Grade AAA tidak sama dengan yang dijual dipasar malam RM10-RM40 ( A,AB).

Harus membeli minyak wangi ini :
* Kurang budget untuk beli original.
* Penggemar perfume dan selalu bertukar2 jenis perfume mengikut majlis.
* Sentiasa sembur perfume dan suka membawa perfume kemana2 (Perfume Pocket)
* Hadiah kepada rakan2 dan orang tersayang (for sure that person HAPPY )
* Pengumpul botol dan koleksi perfume.

Sebarang penempahan untuk boleh hubungi :-
019-2401310 (farid)
menerima tempahan untuk semua jenis perfume.
bergantung kepada stock yang ada.

Driver lori van diperlukan dengan segera!!

Driver lori van bergerak diperlukan.

Sila hubungi Hj Kamarudin - 016-2464053/019-2651004 atau

Hjh Jamaiyah 016-5406810.

Perlu memiliki lesen GDL.

Gaji boleh dirunding

Tuesday, November 3, 2009

WHO WILL BE THE NEXT C.E.O???

PART 3

When the CEO arrived, he surveyed the room and greeted his young executives.
Jim just tried to hide in the back. "My, what great plants, trees, andflowers you have grown," said the CEO. "Today one of you will be appointed the next CEO!"
All of a sudden, the CEO spotted Jim at the back of the room with his empty pot. He ordered the Financial Director to bring him to the front. Jim was terrified. He thought, "The CEO knows I'm a failure! Maybe he will have me fired!"

When Jim got to the front, the CEO asked him what had happened to his seed - Jim told him the story. The CEO asked everyone to sit down except Jim. He looked at Jim, and then announced to the young executives, "Behold your next Chief Executive Officer!
His name is Jim!" Jim couldn't believe it. Jim couldn't even grow his seed.
"How could he be the new CEO?" the others said.
Then the CEO said, "One year ago today, I gave everyone in this room a seed. I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds; they were dead - it was not possible for them to grow.
All of you, except Jim, have brought me trees and plants and flowers. When you found that the seed would not grow, you substituted another seed for the one I gave you. Jim was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new Chief Executive Officer!"
* If you plant honesty, you will reap trust
* If you plant goodness, you will reap friends
* If you plant humility, you will reap greatness
* If you plant perseverance, you will reap contentment
* If you plant consideration, you will reap perspective
* If you plant hard work, you will reap success
* If you plant forgiveness, you will reap reconciliation
So, be careful what you plant now;
it will determine what you will reap later.
"Whatever You Give To Life, Life Gives You Back"

WHO WILL BE THE NEXT C.E.O???

PART 2

Jim kept checking his seed, but nothing ever grew.Three weeks, four weeks, five weeks went by, still nothing.By now, others were talking about their plants, but Jim didn't have a plant and he felt like a failure. Six months went by -- still nothing in Jim's pot. He just knew he had killed his seed. Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Jim didn't say anything to his colleagues, however.He just kept watering and fertilizing the soil - He so wanted the seedto grow.
A year finally went by and all the young executives of the company brought their plants to the CEO for inspection.Jim told his wife that he wasn't going to take an empty pot.But she asked him to be honest about what happened. Jim felt sick to his stomach, it was going to be the most embarrassing moment of his life, but he knew his wife was right. He took his empty pot to the board room. When Jim arrived, he was amazed at the variety of plants grown by the other executives. They were beautiful -- in all shapes and sizes. Jim put his empty pot on the floor and many of his colleagues laughed, a few felt sorry for him!

Monday, October 12, 2009

WHO WILL BE THE NEXT C.E.O???

Part 1
A successful business man was growing old and knew it was time to choose a successor to take over the business..Instead of choosing one of his Directors or his children, he decided to do something different. He called all the young executives in his company together.

He said, "It is time for me to step down and choose the next CEO.I have decided to choose one of you.. "The young executives were Shocked, but the boss continued. "I am going to give each one of you a SEED today - one very special SEED. I want you to plant the seed, water it, and come back here one year from today with what you have grown from the seed I have given you. I will then judge the plants that you bring, and the one I choose will be the next CEO."

One man, named Jim, was there that day and he, like the others, received a seed. He went home and excitedly, told his wife the story. She helped him get a pot, soil and compost and he planted the seed. Everyday, he would water it and watch to see if it had grown. After about three weeks, some of the other executives began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow.

CONTINUE......

Wednesday, October 7, 2009

KUASA MUTLAK SUAMI DAN IBU

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya


Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?


Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.


Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.


Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.


Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.


Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

Tuesday, October 6, 2009

MANDI WAJIB SIRI 3

siri 3

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok²nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).. (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu........

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2.. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8.. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10..Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12..Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S..W.T..

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

Monday, October 5, 2009

MANDI WAJIB SIRI 2

siri 2


Niat mandi wajib:

"Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau

" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana² bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:

" Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:

" Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu² yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu² dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu² di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut , tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza .. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab² seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana² dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Friday, October 2, 2009

MANDI WAJIB SIRI 1

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu.... dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua² keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
1:- niat.
2:- menghilangkan najis di badan.
3:- meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Wednesday, September 30, 2009

CINTA IBARAT BAS???

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, kita tengok bas tu dan kata pada diri, “Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadi, kita katakan pada diri kita, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Kita pun biarkan bas tu berlalu dan kita tunggu pulak bas yg lain.. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Kita tengok bas tu dan kita akan cakap,

“Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa.. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kita pun biarkan bas buruk tu berlalu dan kita bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ini kita kata,

“Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi kita biarkan bas tu berlalu dan kita bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yg kita pula dah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar bahawa… kita dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni kita dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg kita nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair- cond, adakah kita dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk kita?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yg kita idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kita dapati “bas” itu tak sesuai dengan kita, apa yg perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi…pasti kita semua tentu ada pengalaman yg macam ni.. Kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg kita nanti-nanti kan), kita tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita! Hahahaha… .. Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, kita akan terjatuh dan menyakiti diri kita sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada kita nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri kita. Dan bila kita berjalan, kita sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Monday, August 31, 2009

nice to read..


Good reading...

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita
untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu
mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara
spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata
bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang
air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,
bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri
tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan
sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia
merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di
mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya
oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk
kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar
bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang
telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu
datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan
kita, semua sudah terlambat... .

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata
kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira
merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??


Love is patient, love is kind.
It does not envy, it does not boast, it is not proud.
It is not rude,it is not self-seeking,
it is not easily angered, it keeps no record of wrongs,
Love does not delight in evil but rejoices with the truth.
It always protects, always trusts, always hopes, always preserves.
Love never fails.

robot design


side view



top view

my robot design...

Thursday, July 23, 2009

cikgu dan anak murid

cikgu: ok, skrg cikgu nak pilih salah sorg antara kamu smua utk tmpil kehadapan dan tunjukkan mana peta America.

(para pelajar tunduk dgn harapan mereka x terpilih)

cikgu: hamid, dtg ke depan. dan tunjukkan dekat kelas mn peta America

(hamid dgn bersusah payah mencari, dan akhirnya jmp jua..)

hamid: ini dia cikgu.

cikgu: bgus. ok kelas, skg, cikgu nak tny, sape yg menemui America?

pelajar: hamid!!

Iktibar..Sangat Sedih..Mak, Maafkan Ku..

renungan untuk sahabat2...harap di jadikan iktibar

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya.. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du.... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis.. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku..

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,"
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan.


Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

WaALLAHu'alam..

Thursday, July 16, 2009

Beginner Edittor


aq bersyukur dgn hidup aq skarang. apa yang aq dpt skang ni, mungkin itulah adalah ketentuan nya. dulu, aq xpuas ati gak terutama dlm plajaran. member2 aq rmi yg hebat2 dari aq. aq usaha mcm mn pon, aq tetap x dpt melawan kehebatan dorg. tp setelah aq fikir scara rasional, aq yakin, ini ketentuan Allah. ada hikmah disebaliknya. kita hanya merancang, Allah yg menentukan..

Wednesday, July 15, 2009

LAWAK DI SEKOLAH...

CIKGU: Ali, cuba bagi tau satu kelas, apa formula kimia untuk air?

ALI: Saya cuba ye cikgu..HIJKLMNO

CIKGU: Salah..

ALI: Knape plak cikgu?? Bukan semalam cikgu cakap "H to O" ke??

SILA ISI FORM ANDA...

Application Form
================

Name: Zero

Age: Still young

Sex: Never. Still under age

Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before

Race: I love to race, how you know?

Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo

IC Number: 12345678910

Telephone number: House no telephone

Hand phone number: my handphone being stole

Address: Penang Jelutong

City: Norhaliza?

Postcode: I never post anything

State: In my family, I am 3rd

Country: I love to travel to Italy

Marriage status: Secret

Email Address: no internet, no email : bob marley

Education Background: My teacher said not so good but not so bad

Working experience: Last time got sell pirated VCD, nearly being chased by JPJ i think

Father's name: Daddy

Father's IC: Ask him lorh

Mother's name: Mummy

Mother's IC: i don't know, ask her lorh..

Current Salary: Depends on my daddy mood

Expected Salary: As much as you can pay

When can start work: Depends on my mood

Highest qualification: Ya, very high

Grade: Ya, very high

College/University: College

Signature: Can I use chop?

lama gler menyepi

setelah mendapat pujuk rayu dari rumate kesayangan aq, yg meminta aq meng"update blog" dgn tak semena2, aq kalah. aq cair dgn pujuk rayu rumate aq. tp rumate, aq x tau nak letak pe. xde idea lg. tape, dsebabkan ko wahai rumate, aq akn pnuhi impian ko untuk melihat aq update blog. nnt kan kmunculan "revenge of the zero towers"....(mengarut je tu..abaikan..)

Thursday, May 14, 2009

Video Assemble

sebelum ni aq de cter pasal traction motor. so, skang ni, aq upload video mcm mn dorg assemble roda ke traction motor. lepas dorg assmble, dorg kne buat running test selama sejam. untuk pastikan motor x panas sepanjang sejam. korg tgk la vdeo yg de. myb membantu sket imagine korg.. ok.



staf2 yg sedang bertungkus lumus memasang roda. kepakaran sgt diperlukan. nmpk mcm senang, tp kalu slh cara, myb boleh crack. nnt ley nmpk pinion gear bertemu dgn gear 1. aq de zoom. maaf kalu kualiti gmbr kureng sket.

njoy watching..

Hepi Mothers Day!!

aq terpaksa smbut mothers day lmbt sket dr org len. sbbnye, mak aq xde kat malaysia. mak, ayh, ngn arif (adik aq yg last) gi mengerjakan umrah. alhamdulillah mereka selamat smpai ke tanah air. tp kali ni, aq x dpt gi hntr, dan x dpt gi amik dorg lik kt KLIA. sbb practical. aq amik kesempatan yg de, untuk wish 'hepi mother day'.. hope x terlambat lagi. thnx mom sbb jaga kami dr kecik smpi kami dewasa. dengan melayan kerenah kami sbgai anakmu. kami akan doakan supaya mak akan bhgia dunia dan akhirat. amiinn...

cupcakes untuk mak..xreti wat, so beli je..hee